WELCOME TO SUKARELAWAN JEMAAH IQRA' COLLECTION OF QURAN AUDIOS. LISTEN TO QURAN RECITATION OF TOP
FAMOUS QARI FROM MIDDLE EAST, EGYPT, MESIR. QARI FROM SINGAPORE, QARI FROM MALAYSIA, QARI FROM INDONESIA
AND QARI FROM THAILAND. ONE STOP DOWNLOADING PORTAL FOR QURANIC RECITATION, MUJAWWAD,
MUJAWWID, TAJWEED OF SHEIKH ABDUL BASIT ABDUL SAMAD (MUJAWWAD), SHEIKH ABUL AINAIN SHU AISHA (MUJAWWID)
AND MANY MORE. QURAN AUDIO, QURAN RECITATION, TILAWAT AL QURAN, TAJWEED RECITATION



SELAMAT DATANG KEBLOG SUKARELAWAN JEMAAH IQRA'. DI SINI ANDA DAPAT MENDENGAR BERBAGAI-BAGAI TARANUM
AL QURAN, BERBAGAI-BAGAI LAGU AL QURAN DARI BACAAN QARI MESIR YANG TERKEMUKA, QARI TIMUR TENGAH,
QARI ARAB. JUGA BACAAN AL QURAN DARI QARI SINGAPURA, QARI MALAYSIA, QARI INDONESIA DAN QARI THAILAND.
AUDIO BACAAN AL QURAN BERLAGU. TILAWAH AL QURAN PERINGKAT KEBANGSAAN DAN PERINGKAT ANTARABANGSA.
TARANUM AL QURAN. SENI LAGU AL QURAN. TAJWID AL QURAN. NAMA NAMA QARI ANTARABANGSA.


Monday, February 18, 2008
Majlis Tilawah Al Quran Kebangsaan 2008


Posted at 12:47 pm by jemaah_iqra
Comments (2)  




Thursday, September 06, 2007
Bacaan Al Quran Ala Arabia oleh Ustaz Ismail Othman



BACAAN AYAT SUCI AL QURAN ALA ARABIA OLEH QARI SINGAPURA
- USTAZ MUHAMMAD ISMAIL BIN OTHMAN YANG PERNAH MENYANDANG GELARAN JOHAN MUSABAQAH TILAWAH AL QURAN DISINGAPURA TAHUN 2003 KE PERINGKAT ANTARABANGSA DI KUALA LUMPUR.

Posted at 11:24 pm by jemaah_iqra
Comments (3)  

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak 1428 H


Syukur Alhamdullilah, bulan Ramadhan tiba dalam beberapa hari lagi.

Sukarelawan Jemaah Iqra' ingin mengucapkan kepada semua umat Islam diseluruh dunia "Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak.  Semoga setiap amalan yang dikerjakan oleh muslimin & muslimat pada bulan yang mulia ini diberi Tuhan ganjaran yang berlipat ganda, insyaAllah.

Firman Allah dalam Suran Al Baqarah, ayat 184 yang terjemahannya bermaksud,
"(yaitu) dalam beberapa hari yang tertentu. Maka barangsiapa diantara kamu ada yang sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. Dan wajib bagi orang-orang yang berat menjalankannya (jika mereka tidak berpuasa) membayar fidyah, (yaitu): memberi makan seorang miskin. Barangsiapa yang dengan kerelaan hati mengerjakan kebajikan, maka itulah yang lebih baik baginya. Dan berpuasa lebih baik bagimu jika kamu mengetahui".

Posted at 07:27 pm by jemaah_iqra
 




Thursday, August 23, 2007
Musabaqah Tilawah Al Quran Peringkat Antarabangsa Ke-49



Musabaqah Tilawah Al Quran Peringkat Antarabangsa Ke-49 yang di adakan di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur baru2 ini telah pun berakhir minggu lalu.  

Abdul Aziz Mustakim, 44, yang memperoleh markah 92.17 peratus muncul sebagai johan qari manakala johan qariah dimenangi penyandang Amnah Ayup, 37, yang memperoleh markah 94.5 peratus.

Abdul Aziz, yang berasal dari Johor, dan Amnah dari Sarawak, masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM13,887, sijil penyertaan dan piala pusingan.

Qari dan qariah Indonesia, Darwin Hasibuan dan Hasbia Lambutolo masing-masing menduduki tempat kedua bahagian qari dan qariah tilawah.

Tempat ketiga bahagian qari dimenangi oleh peserta Afrika Selatan, Harun Moos manakala bahagian qariah dimenangi oleh peserta Thailand, Kanokwan Sukthawon @ Mashitah Ibrahim.

Seramai 67 peserta terdiri daripada 41 qari dan 26 qariah dari 44 negara mengambil bahagian pada tilawah bertemakan 'Insan Cemerlang Ummah Terbilang', yang berlangsung sejak Khamis lalu, 16 Ogos 2008.


Posted at 11:03 am by jemaah_iqra
Comments (7)  




Sunday, August 05, 2007
MTQ Anjuran Masjid Jamiyah Ar-Rabitah pada 4 Ogos 07



Seramai 42 orang telah mengambil bahagian dalam Musabaqah Tilawah Al Quran 2007 anjuran masjid Jamiyah Ar Rabitah yang berlangsung pada 4 Ogos 07 pada jam 5 petang.  Saudara Mohd Ali juga turut mengambil bahagian dengan menyampaikan bacaan ayat suci Al Quran cara Arabia, Timur Tengah.... MasyaAllah!! 

Firman Allah dalam Surah Thaha ayat 113 yang terjemahannya bermaksud;
"Dan demikianlah Kami menurunkan Al Quran dalam bahasa Arab, dan Kami telah menerangkan dengan berulang kali, di dalamnya sebahagian dari ancaman, agar mereka bertakwa atau (agar) Al Quran itu menimbulkan pengajaran bagi mereka."



Kelihatan diatas ini antara para hadirin yang turut hadir untuk menyaksikan MTQ dan juga para peserta yang menunggu giliran masing2 untuk membacakan ayat suci Al Quran pada petang semalam.  Majlis berakhir lebih kurang jam 12.30 malam. Setiap peserta yang mengambil bahagian membawa pulang sijil penyertaan and sebuah cenderamata.

Posted at 11:05 am by jemaah_iqra
 




Monday, July 23, 2007
Bacaan Al Quran oleh Johan Qari MTQ Kebangsaan Singapura Tahun 2003

 


BACAAN AL QURAN OLEH TUAN MUHAMMAD ISMAIL BIN OTHMAN DIMAJLIS PERKAHWINAN PADA HARI SABTU, 14 JULY 07 DI JALAN BATU / MOUNTBATTEN ROAD.



Tuan Muhammad Ismail pernah menjadi Johan Musabaqah Tilawah Al Quran Peringkat Kebangsaan tahun 2003 dan mewakili Singapura.

Posted at 05:37 pm by jemaah_iqra
 




Saturday, June 16, 2007
Tilawah Al Quran 2007 - Anjuran Masjid Jamiyah Ar-Rabitah



Masjid Jamiyah Ar-Rabitah akan menganjurkan Tilawah Al Quran pada 4 Ogos 2007.  Tilawah Al Quran ni terbuka pada semua peringkat usia.

Posted at 05:34 pm by jemaah_iqra
 




Sunday, March 25, 2007
Belajar, Menghafal Al Quran - Ikuti Seminat 'Tilawati' kaedah terkini


Keratan akbar Berita Harian, Sabtu pada 17 & 24 March 2007, ms.48

Kalau dulu ramai yang mempelajari Al Quran dengan cara Iqra'.  Tapi kali ini ada kaedah yang lebih canggih dan berkesan untuk mempelajari Al Quran dan menghafalnya dengan lebih sistematik, mudah, cepat dan lancar, ya itu dengan kaedah yang terkini disebut 'Tilawati'.

Mengikut keterangan Ustaz Ahmadini, pengerusi Jam'iyatul Qurra' Al Islamah (Singapura) Q7, beliau telah ke Surabaya pada awal bulan March 07 tahun ni dan menyaksikan sendiri bagaimana anak2 kecil yang berusia 2 tahun sudah pandai menghafal Al Quran dengan kaedah 'tilawati' ini.

Jangan lepaskan peluang ini untuk mengetahui dan mempelajari kaedah terbaru 'Tilawati' ini.  Tempat terhad dan pendaftaran yang dibuat pada hari seminar diadakan, tidak akan dilayani.  Untuk warga emas yang berusia 70 tahun keatas dan pelajar yang berusia 18 tahun kebawah, harganya $50 sahaja.

Setiap peserta akan diberi 6 Jilid Kitab Tilawati yang dicetak khas untuk mereka yang mendaftar dan Sijil Penyertaan yang ada nama anda tercatit diatasnya.  Drs H.Hasan Sadzli akan menerangkan kaedah 'Tilawati' ini 'step by step' dengan cara terperinci.  Sesiapa yang mempunyai Sjil Penyertaan dan mengikuti saminar ini sahaja yang layak untuk mengajar kaedah terbaru ini.  Dan pencetakkan 6 Jilid Kitab Tilawati ini tidak dibenarkan sama sekali.

Anda boleh gunakan ilmu yang dipelajari ini untuk mengajar anak2 anda atau pun untuk kegunaan diri anda sendiri....  

Sabda Rasullullah s.a.w. maksudnya;
"Siapa yang menjurusi satu jalan untuk mencari ilmu padanya nescaya Allah akan mempermudahkan padanya jalan ke syurga".
- Riwayat Muslim -

Posted at 03:54 pm by jemaah_iqra
Comments (5)  




Wednesday, February 28, 2007
Bacaan Al Quran Oleh Ustaz Haji Jamaludin diMasjid Hasanah

Bacaan Al Quran secara 'LIVE' dimasjid begini memang jarang sekali kita lihat di Singapura.  Saya merasa kagum dan bangga dengan jawatan kuasa Masjid Hasanah kerana telah mengambil berat tentang Al Quran dan mengundang Qari untuk membacakan ayat suci Al Quran sebelum masuk waktu solat.  Dan ini bukan lah pertama kali Masjid Hasanah mengundang qari2 untuk membacakan ayat suci Al Quran sebelum masuk waktu solat fardu.

Yang lebih membanggakan lagi pada bulan Ramadan, j
awatan kuasa Masjid Hasanah telah mengundang beberapa orang qari dari Sukarelawan Jemaah Iqra' untuk membacakan ayat suci Al Quran disepanjang bulan yang mulia itu sebelum masuk waktu solat fardu magrib , sebelum berbuka puasa.  MasyaAllah!!! Semoga Allah berkati masjid dan pengunjungnya yang memuliakan bacaan Al Quran seperti yang dilakukan oleh Masjid Hasanah.

Posted at 11:51 am by jemaah_iqra
 




Sunday, January 21, 2007
Majlis Tilawah Al-Quran Kebangsaan 2007 (Singapura)

Peluang dibuka kepada warga negara atau penduduk tetap Singapura
untuk menyertai pertandingan dalam:

Majlis Tilawah Al-Quran
Kebangsaan 2007

Peringkat Dewasa / Belia / Kanak-kanak 2007 - 1428H

Matlamat:
.  Mencungkil bakat2 baru dalam bidang pembacaan Al-Quran.
.  Menggalakkan para belia dan kanak2 untuk mencintai Al-Quran.
.  Mengenal pasti pelapis Qari dan Qariah yang berpotensi ke Peringkat
   Kebangsaan dan Antarabangsa.
.  Menerapkan budaya membaca dan menghayati Al-Quran didalam kehidupan
   Masyarakat Islam.

Hadiah:
.  Johan Qari dan Qariah akan menerima piala pusingan
.  Semua peserta yang masuk ke peringkat akhir akan menerima sijil penyertaan
   dan wang tunai

Jadual Musabaqah:

 PERINGKAT             

SARINGAN                        

SEPARUH AKHIR            

 AKHIR                            

DEWASA         
18 - 50 Tahun
Tarikh penutup: 30/3
14/4, 15/4
Masjid An-Nur         
21/4, 22/4
Masjid An-Nur
5/5, 6/5
BELIA
13 - 17 Tahun
Tarikh penutup: 3/3
17/3, 18/3
Masjid En-Naeem
24/3, 25/3
Masjid En-Naeem
5/5, 6/5
-
KANAK-KANAK
12 tahun dan kebawah
Tarikh penutup: 10/2
24/2, 25/2
Masjid Assyafaah
3/3, 4/3
Masjid Assyafaah
 
5/5, 6/5
. Tempat akan
  ditetapkan

Cara memohon:
.  Mengisi borang pendaftaraan rasmi yang dikeluarkan oleh MUIS.
.  Borang penyertaan boleh diperolehi di MUIS dan beberapa masjid.
.  Sekeping gambar warna yang terkini berukuran passport hendaklah dilampirkan
   bersama dengan borang pendaftaran.
.  Borang pendaftaran yann tidak lengkap dan lewat diterima oleh Sekretariat MTQ
   tidak akan diterima.
.  Borang pendaftaran yang telah di isi dengan lengkap berserta wang pendaftaran
   sebanyak $10.00 dan gambar hendaklah dihantar kepada:

Bagi Peringkat Kanak-kanak:
Masjid Assyafaah, 1 Admiralty Lane Spura 757620       Tel: 67563008
Bagi Peringkat Belia:
Masjid En-Naeem, 120 Tampines Road Spura 535136   Tel: 62879225
Bagi Peringkat Dewasa:
Masjid An-Nur, 6 Admiralty Road Spura 739983            Tel: 63631383

DIPETIK DARI SURAT KHABAR BERITA MINGGU SINGAPURA
TARIKH - AHAD 21 JANUARI 2007 (2 MUHARRAM 1428) - ms 11

Posted at 06:21 pm by jemaah_iqra
 




Next Page

ABOUT US

Image hosted by Photobucket.com

Sukarelawan Jemaah Iqra' is a group of non-profit volunteers who strive to revive the spirit of QURANIC RECITATION worldwide. Our homepage features various kind of beautiful QURANIC RECITATION. In Asia, these MODULATED QURANIC RECITATION were known as TARANUM AL QURAN. Whereas in other part of the countries it is known as MUJAWWAD, MUJAWWID, TAJWEED or TAJWID. Currently many of the QURANIC RECITORS that were featured here were QARI FROM EGYPT, QARI MIDDLE EAST and many more from other countries will be added soon for your information and listening pleasure. There are also LIST OF TARANUM AL QURAN, TAUSHEH, QASIDAH, QARI PROFILES, TOP EGYPTIAN QARI, QARI BIOGRAPHY and others.

Kami memang berusaha untuk mengembangkan SENI LAGU AL QURAN dan TARANUM AL QURAN di Singapura. Di sini kami menghidangkan berbagi bagai informasi mengenai bacaan QARI MESIR yang TERKEMUKA, QARI TIMUR TENGAH, QARI ARAB. Juga bacaan Al Quran dari QARI SINGAPURA, QARI MALAYSIA, QARI INDONESIA dan QARI ANTARABANGSA.
Kami cuba menghidangkan AUDIO BACAAN AL QURAN BERLAGU. TILAWAH AL QURAN PERINGKAT KEBANGSAAN dan PERINGKAT ANTARABANGSA. TARANUM AL QURAN. SENI LAGU AL QURAN. TAJWID AL QURAN. NAMA NAMA QARI ANTARABANGSA.

CLICK HERE TO CHOOSE QURAN RECITATION AUDIOS OF FAMOUS QARI

Image hosted by Photobucket.com

Listen to quran recitation - Mujawwad, Mujawwid, Tajweed of top famous qari from Middle East, Mesir, Singapore, Malaysia, Indonesia & International qari.

WEBSITE & BLOG LINKS

* Aswat Al Islam
* Islam Way
* Harun Yahya
* Katakami

OUR ADVISOR

Image hosted by Photobucket.com

Habib Hassan Al Alatas of Ba'Alwie Mosque

OUR SERVICES

Image hosted by Photobucket.com

* We provide qari / qariah to recite the holy quran at the opening of any Islamic Ceremony / Function such as Forum, Religious Lectures (Syarahan), Wedding Ceremony and others.

* Our service includes the setting up of audio system (provides microphones & speaker).

* We provide an audio page full of quranic recitation audio clips that can be used as background music to web owner.

* One of our project is to encourage all muslim website to welcome surfers with quranic recitation. (ie; once surfers enter website, they will hear a quranic recitation (short clips).

* Another project is to compile the biography of quranic recitation qari all over the world.

READ THE PRESS RELEASES ON SUKARELAWAN JEMAAH IQRA'

Image hosted by Photobucket.com

OUR VOLUNTEERS

Image hosted by Photobucket.com

"Our Quranic activities has slowed down throughout the years. It is uncommon nowadays to hear Quranic recitation openly. We realised that the interest in Al Quran itself has dwindled, lack in particpants, too small audience and little exposure for Quranic recitation."
~ Our Chief Volunteer,
Hj Jamaludin

Image hosted by Photobucket.com

Check our SJI MESSAGE BOARD for any upcoming events, ie Qurani Recitation at Wedding, Tilawat Al Quran etc.

Check SJI DIARY for past events of Quran Recitation at wedding and other muslim functions.









Musabaqah Tilawah Al Quran (MTQ)

MTQ Dates 2006
Pemenang MTQ 2005

Email us at
sji_sg@yahoo.com.sg



eXTReMe Tracker











rss feed